Laman Tok Sidek Port Dickson




Laman Tok Sidek Port Dickson

NO,62 JALAN PANTAI BATU 7 1/2

TELOK KEMANG

71050 SI RUSA

PORT DICKSON

NEGERI SEMBILAN



TEL: 06-6621305/010-2268606



******WIFI NOW AVAILABLE ******


#################################




Infomasi:


Rumah milikan Tok Sidek ini telah diubahsuai dari sebuah rumah kampung kepada rumah rehat. Ia boleh sewa untuk majlis perjumpaan sanak saudara/majlis bertandang atau sekadar datang untuk beriadah dipusat peranginan ini.

Lokasinya sangat baik menberikan pengalaman baru bagi mereka yang pertama kali datang kemari. Laman Tok Sidek berada ditengah-tengah perkampungan Telok Kemang terletak kira-kira 3minit berjalan ke pantai.

Dengan suasana yang nyaman tiupan angin laut menjadikan kawasan selesa untuk bersantai. Kawasan sekitar Laman Tok Sidek juga selamat kerana berhampiran dengan balai polis dan juga Masjid Telok Kemang. Lokasi dimana terletaknya jualan cenderahati & kawasan perkelahan lain juga berdekatan hanya mengambil masa 10 minit memandu.

#########################################

Laman Tok Sidek mempunyai keluasan hampir 1 ekar,
memiliki 8 buah bilik dan 1 dorm.

*8 bilik berhawa dingin

*1 bilik dorm

*
5 bilik air/tandas

*siaran astro disediakan

Setiap bilik boleh memuatkan 3-5 orang dan keseluruhan rumah boleh memuatkan hampir 50 orang

Dapur juga dilengkapi dengan peti sejuk,cerek air,dapur gas,rice cooker dan pinggan mangkuk. kami juga menyediakan tempat memanggang/barbeque dikawasan laman.

Sekiranya khidmat catering diperlukan kami juga boleh menguruskanya.

########################################

sekiranya anda berminat untuk membuat tempahan sila hubungi kami
untuk keterangan lanjut.

**anda dinasihatkan membuat tempahan lebih awal**

Harga Sewaan :
click sini @
hubungi:

SALEHA MOHD SIDEK
TEL :- 06-6621305/0102268606

MUHD SHAWAL ABD GHAFAR -
0162064240

Sila lawati label untuk gambaran penuh


Followers

Monday, January 11, 2010

Cerita Backpacker

cape rachado

15 tahun nan lalu...


Aku darjah berapa masa tu tak tau. Masa tu bulan puasa. Satu sekolah buat Khatam Quran time rehat. Gua tak join dan gua habiskan masa gua kat perpustakaan sekolah (kini dikenali sebagai Pusat Sumber). Macam-macam buku gua baca. Dari novel penyiasatan, sampai ke horror tapi tak horror, Bram Stoker, Mari Mewarna dan Majalah Ekuin (itu kuda punya majalah, tak tau skang ada lagi ke tak).

Sampai satu peringkat, takde buku sangat dah nak baca, gua angkat Atlas Malaysia. Buku gambar peta-peta kat Malaysia ni. Gua terjumpa satu anomali.

Kat negeri Sembilan ada satu tempat, Cape Rachado namanya. Walaupun ia berada dalam Negeri Sembilan, tapi peta tersebut menunjukkan ia adalah Melaka. Gua jadi konfius. Hape kejaddahnya ni? Boleh ke dalam sesebuah negeri, ada pulak negeri lain punya area? Sah ke macam ni?

Dan persoalan gua yang paling kuat sekali adalah,
"Ada apa kat Cape Rachado tu?"

Bertitik tolak dari hari itu, gua memasang keazaman dan hasrat untuk suatu hari nanti pergi sendiri ke negeri dalam negeri itu, dan menengok sendiri apakejaddah rupa parasnya. Manalah tahu kot-kot situlah tempat Ultraman berehat. Ataupun kaki pelangi. Ataupun tempat pari-pari bermain..

Pada hari Rabu 5 September 2007, iaitu 15 tahun kemudian, gua berjaya menjejakkan kaki ke Cape Rachado, dan inilah rentetan pengalaman gua di sana. Walaupun pengalaman tersebut sukar untuk gua ceritakan dengan kata-kata, kali gua akan cuba sehabis baik.

Malam sebelumnya kami tiba di rumah Otam di Port Dickson. Kami tido atas lantai je kat rumah dia. Namun gua tak mahu komplen lebih sebab Otam dah warning awal-awal "Nanti datang rumah aku bawak Toto sendiri".

Bangun pagi badan gua rasa macam harem. Rasa macam patah riuk pun ada. Gua terus bersiap dan destinasi hari ini sangat jelas, iaitu ke Cape Rachado / Tanjung Tuan.

To be honest, gua harem tak dapat bayang dalam kepala gua bagaimana jaddahnya rupa paras Cape Rachado ni. Cuma gua bajet tempat ni macam pantai tempat peranginan, ada minah salleh dari Ukraine pakai bikini dan sunbathing topless. Jadi gua mengenakan pakaian kasual yang biasa-biasa sahaja.

Tanjung Tuan

Kami memandu beberapa minit ke sana. Ada satu resort besar kat area Tanjung Tuan ni. Ilham Resort namanya. Sampai kat pintu masuk Tanjung Tuan ni, gua terkesima. Rupanya kena hiking beberapa kilometer ke rumah api. Kereta tak boleh bawak masuk. Dan kat situ dia ada tulis Santuari Hidupan Liar dan gua terus saspek hidupan liar yang dimaksudkan ini adalah harimau, gajah dan buaya pemangsa yang ganas.

Lalu kami memulakan perjalanan (hiking) melalui hutan tersebut sambil mata gua liar memandang ke sana-sini takut-takut kalau ada rimau terkam gua dari semak. Mula-mula semangat, lepas tu jadi lelah. Sial je..

hiking cape rachado

Fakta menarik : Santuari Hidupan Liar yang dimaksudkan adalah haiwan akuatik dan burung-burung sahaja. Rimau dan gajah tidak terlibat sama sekali. Sia-sia je gua panik.

Setelah beberapa kali hampir pitam dan paru-paru yang sesak mintak nyawa, akhirnya kelibat rumah api Tanjung Tuan mula kelihatan. Ia adalah kelihatan macam radar dan sentiasa berputar. Pelawat tidak dibenarkan masuk ke kompaun rumah api ini kecuali dengan kebenaran khas dari Laksamana Melaka (Hang Tuah?). Ada orang tinggal dalam rumah api tu, untuk maintenence aku rasa. Tapi gua yakin hands down, orang tu tinggal kat prime property dan mesti sihat tubuh badan (dan ada anak ramai).

rumah api tanjung tuan

Gua jadi tak puas hati. Kecewa. Takkan ini je yang ada kat sini? Mana minah salleh topless? Dah lama gua mengidam nak pergi kat sini, tapi ia tidak seindah yang disangka. Dalam kekecewaan tersebut gua mundar-mandir sekitar rumah api tersebut.

rumah api tanjung tuan

Kalau korang datang ke Tanjung Tuan ni, nasihat gua kalau setakat ronda-ronda depan rumah api tu memang tak berbaloi korang hiking 800meter naik bukit tu. Pergi ke belakang rumah api tu menyusuri denai sempit dan gaung yang berbahaya, dan korang akan jumpa.

Rupa-rupanya kat belakang rumah api tu, viewnya sangat mengkagumkan!

rumah api cape rachado

Pemandangan laut lepas dari ketinggian lebih 50 meter. Sayup-sayup di kejauhan kelihatan kapal-kapal dagang sibuk membelah Selat Melaka. Burung-burung berkicau ria dan angin lembut yang berpuput.



Tak sia-sia gua putus napas nak sampai ke sini. Kami melepak dan masing-masing bercucuran air mata menengok keindahan pemandangan ciptaan tuhan. Dan juga tak lupa sibuk mengambik gambar. Harem takde orang lain kat situ, dan kalau kami jatuh ke bawah gaung tersebut, takde sapa nak tolong. Line telefon pun takde. Gua ingat line tu dah kena distort dengan radar kat rumah api tu.

santuari hidupan marin tanjung tuan

mail ambik gambar

Hampir sejam kami melepak kat sana. Akhirnya selepas sakit-sakit jari mengambik gambar, kami pun mengambik keputusan untuk blah. Perjalanan naik tadi mengikut jalan berturap sejauh 800meter. Dan kami saspek ada jalan lain yang lebih singkat untuk kembali ke kereta kami berpandukan peta yang ada di kaki bukit tadi. Jalan alternatif ini dikenali sebagai Jalan Perdana dan hanya 700meter jauh. demi untuk menjimatkan 100 meter menapak, kami mengambil keputusan untuk lalu ikut denai hutan tersebut. denai itu bermula dari tepi hutan tersebut dan kelihatan seperti baru di simen.

denai tanjung tuan

Dengan yakin kami menyusuri denai itu tanpa menyedari bahawa itu bukan jalan keluar dari situ. Kami terus berjalan selama hampir setengah jam menuruni bukit dan batang hidung jalan keluar tidak kelihatan. Gua dah saspek kena geruh. Hati gua makin tak sedap. Kaki makin longlai.

Fakta menarik : Fenomena geruh adalah gangguan jembalang rimba yang cuba memesongkan perjalanan pengembara supaya sesat di dalam hutan dan akhirnya mati kelaparan/dimakan binatang buas.

kumprinx hiking

Gua semakin risau. Berapa jauh nak turun bukit ni. Tiba-tiba di sebalik kehijauan hutan tersebut gua ternampak sesuatu yang putih. Mulanya gua ingat dah sampai. Jadi gua meningkatkan pace langkah dua. Ternyata gua silap. Dari hutan rimba tebal tu, tak pasal-pasal kami tiba di pesisiran pantai yang seputih salju.
"WTF!! Kita dah salah jalan!", jerit gua.
Namun kemarahan gua tiba-tiba reda melihatkan tempat tersebut. Ia ibarat sebuah pantai tersorok yang sorang pun tak tahu kewujudannya. Takde seorang manusia pun yang piknik (atau sunbathing topless) kat situ. Gua jarang jumpa pantai yang sebegini dekat dengan hutan. Sungguh magik.

Kami masing-masing ibarat terpana dengan penemuan tersebut. Letih/lelah automatik hilang. Masing-masing terdiam. Tak tahu apa yang perlu diucapkan. Kami sebenarnya sesat, tapi kami terjumpa tempat yang indah ini, jadi tak perlu panik, dan layan je. Kami memulakan proses ambik gambar.

pantai yang indah

Jumpa kubur yang misterius.

kubur misteri di tanjung tuan

batu nesan

Entah kubur sapa gua tak pasti. Tentu bukan calang-calang orang dikebumikan kat sini.

panjat gunung

hujung daratan

Dan kami berlari menuju ke tanjung yang paling tanjung sekali kat Cape Rachado ni. Di hujung sana ibarat langit bertemu lautan, dan tiada apa-apa di antaranya. Hanya angin, dan di kejauhan korang hanya nampak angin sahaja. Depan kami, hanya langit yang putih, dan air laut yang membiru bertemu di tengah-tengah horizon. Kat tempat sebegini, semua masalah kita automatik hilang dan minda tak berfikir apa-apa langsung. Gua hanya baring dan layan. Tempat ini sangat magik ibarat ia ada satu kuasa penyembuhan misterius. Mungkin kerana tempat yang sebegini menakjubkan, tapi tiada apa-apa di sana. Hanya ruang antara manusia dan alam.

tanjung tuan

Sial je itu jam rasa macam nak tulis puisi pun ada. Nasib baik pen tak bawak.

Dalam gua berbaring menikmati suasana yang menenangkan itu, tetiba gua ternampak sesuatu di lautan yang luas terbentang itu. "Penyu!", hati gua berbisik. Mungkin deria gua bermain-main dengan gua, tapi gua yakin, ternampak penyu naik ke permukaan laut tu memberi lebih sentuhan magik dalam pengalaman gua kali ini. Ataupun mungkin jembalang laut yang cuba menguji gua.

tanjung tuan

Hampir 3 jam dihabiskan sekitar 'tanjung' Tanjung Tuan ni. Kami main pasir, cari kulit kerang, simbah-simbah air, dan bergembira like we have nothing to go back to. Eventually it's time to go. kalau tak kami akan mati kelaparan kat sana.

tanjung tuan

Lawatan ke Cape Rachado adalah satu pengalaman spiritual terindah sepanjang trip Backpacking Malaysia gua ni. Selama 15 tahun gua menyimpan nafsu untuk ke sini, dan ia memang berbaloi setiap langkah.

Perjalanan kami mengikut pemandangan satelit.

pandangan satelit tanjung tuan

Kata orang, kalau kita bertemu keindahan, kita akan ternampak refleksi diri kita sendiri di sebaliknya. Di Cape Rachado, gua almost menemui diri gua sendiri. Sial je, jauh ni gua jalan, gua hanya jumpa itu je.

Dalam perjalanan pulang hati gua berbisik,
"Betul, Cape Rachado memang tempat pari-pari bermain..."



kumprinx

Ucapan