PANTAI TANJUNG BIRU (BLUE LAGOON)
Persekitaran pantai ini berbukit dan berbatu, dikelilingi dengan air laut kebiruan oleh jajaran batu karang.
Pantai ini amat menarik dengan pantainya yang memanjang, bersih, serta mempunyai air laut yang tenang dengan panorama sekitarnya yang mempesonakan.
Ianya sangat sesuai untuk para pengunjung yang memerlukan ketenangan fikiran sambil menyaksikan matahari terbenam dikala senja.
KEMUDAHAN
Berbagai-bagai kemudahan yang terdapat di sini seperti hotel / kondominium, kedai makan, kedai runcit dan berbagai lagi. Terdapat juga kawasan Untuk aktiviti 'snorkeling'.
LOKASI
Batu 10, Jalan Pantai. Pantai sepanjang 0.5 km ini terletak kira - kira 16 km dari bandar Port Dickson bersebelahan dengan Rumah Api Tanjung Tuan.
MAKLUMAT LANJUT
Majlis Perbandaran Port Dickson
Km. 1, Jalan Pantai
71009 Port Dickson.
Tel: 06-647 1335