PANTAI TELUK KEMANG
Pantai Teluk Kemang adalah pantai yang paling popular kepada pelancong dan pengunjung pada hujung minggu dan hari Kelepasan am. Pantai sepanjang 1.8 kilometer ini dikunjungi oleh 20,000-30,000 pengunjung setiap minggu dan meningkat kepada 50, 00080, 000 semasa cuti panjang.
KEMUDAHAN
Pantai ini dilengkapi dengan kemudahan asas seperti tempat letak kereta, bilik mandi dan tandas awam. Terdapat juga gerai-gerai di mana pengunjung boleh membeli pelbagai jenis cenderamata untuk dijadikan kenangan.
Pantai ini mempunyai lanskap yang cukup menarik dan khidmat penyelamat pantai juga turut disediakan. Di sini pengunjung boleh memilih pelbagai aktiviti laut seperti jet ski, kayak, banana boat dan mandi-manda.
LOKASI
Jarak dari bandar Port Dickson cuma 8 batu sahaja.
MAKLUMAT LANJUT
Majlis Perbandaran Port Dickson
Km. 1, Jalan Pantai
71009 Port Dickson.
Tel: 06-647 1335