| |
Restoran Geliga (Geliga Seafood Restaurant) Restoran yang terletak di tepi jalan batu 9 ini mempunyai keistimewaan tersendiri selain dari lokasi yang menarik, menyediakan hiburan karaoke, menawarkan pelbagai hidangan menarik seperti seafood, makanan bergoreng dan otak-otak istimewa. Waktu perniagaan adalah 6.00pm hingga 4.00am. Lokasinya adalah di Jalan Pantai Bt 9. Maklumat lanjut sila hubungi 06-6621988. | |
Restoran Chardin Seaview Seafood Village Menyediakan makanan barat seperti Chicken Chop, Steak dan berbagai makanan Barat yang lain. Selain dari BBQ, ia juga menawarkan makanan steam boat dimana ia merupakan pilihan utama pelanggan disini. Di sini juga disediakan hiburan karaoke bagi pengunjung menikmati makanan sambil berhibur. Waktu perniagaannya adalah 11.00 am hinggan 3.00 pm dan 6.00 pm hingga 11.00 pm. Untuk maklumat lanjut sila hubungi 06-6474569. Lokasinya adalah di Batu 1 Jalan Seremban. | |
Restoran Come Pai Mai PD Foods Port Dickson Restoran yang berkonsepkan suasana rimba, menyediakan pelbagai jenis makanan terdiri dari masakan barat, kampung, cina dan pelbagai jenis masakan yang lain. Disini juga terdapat karaoke untuk hiburan para pengunjung sambil menjamu selera. Waktu perniagaan bermula 5.00 petang hingga 2.00 pagi. Lokasinya adalah di Lot 1142, Jalan Pantai Batu 4, Taman Eastern. Maklumat Lanjut sila hubungi 06 - 6464140. | |
ZBZ Fauzas Warung Makan Jeti Memancing Merupakan satu lokasi produk pelancongan Port Dickson dimana Restoran ini menghidangkan makanan bergoreng, nasi campur, nasi lemak dan pelbagai masakan panas yang lain. Lokasinya adalah di Jeti Memancing, Kuala Lukut Chuah, 71960 Chuah, Negeri Sembilan. Maklumat lanjut hubungi 019-3601221. | |
Restoran Kemang Indah Terdapat berbagai jenis juadah seperti masakan kampung, masakan bergoreng, seafood dan pelbagai jenis masakan yang lain. Layanan dan kemudahan yang terdapat di sini juga dapat memberi kepuasan dan keselesaan serta harga yang berpatutan. Waktu perniagaan bermula 11 am hingga 2 am. Lokasinya adalah di Lot 136 No 1 Bt 8 ½ , Jalan Pantai, Telok Kemang, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan. Maklumat Lanjut hubungi 012-6136630. | |
Warung Mak Mah Nasi Ayam 1 Terletak berhampiran dengan Masjid Jamek Port Dickson dan populardikalangan pelanggan tempatan dengan juadah 'Nasi Ayam Istimewa'. Selain dari itu, masakan barat, masakan kampung, satay dan pelbagai jenis masakan juga boleh didapati di sini. Waktu perniagaan bermula 7.00 am hingga 2.00 am. Lokasinya adalah di No 1001 & 1002, Km 1 Kedai Jamek, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan. Maklumat Lanjut hubungi 06-6512060. | |
Warung Mak Mah Nasi Ayam 1 Restoran yang juga terkenal dengan Nasi Ayam ini mempunyai daya tarikan tersendiri dimana bukan sahaja menyediakan makanan seperti makanan barat, masakan kampung, satay dan pelbagai jenis masakan lain, ia juga menyediakan kemudahan lain seperti surau dan mini market. Kawasan yang luas, selesa dan landskap yang menarik bagi keselesaan para pengunjung. Lokasinya adalah di Lot 1175, Jalan By Pass, Kampung Arab, 71000 Port Dickson. Maklumat lanjut hubungi 06-6464886 | |
Restoran Gemilang Mutiara Restoran yang popular dengan Som Tam istimewa ini menjadi tumpuan pelanggan yang gemarkan masakan Thai. Ikan bakar juga boleh didapati disini dengan harga berpatutan. Waktu Perniagaan bermula 5.00 pm hingga 2.00 am. Lokasinya terletak di Batu 4, Jalan Pantai, Port Dickson, Negeri Sembilan. Maklumat lanjut hubungi 06-6479987. | |
Nasreen Seafood Nasreen Seafood ini menyediakan hidangan makanan laut yang mempunyai berbagai pilihan mengikut citarasa pelanggan. Selain dari makanan laut, tom yam, makanan berlauk dan berbagai masakan lagi boleh didapati disini. Restoran yang dihias indah ini mengutamakan keselesaan pelanggan dan harga makanan yang ditawarkan juga adalah berpatutan. Waktu perniagaan bermula 5.30 am hingga 3.00 am. Lokasinya terletak di Batu 8 Jalan Pantai, 71050 Si Rusa Telok Kemang, Port Dickson. Maklumat lanjut hubungi 06-6628115. | |
Oceanic Food Court Oceanic Food Court yang terletak dipusat membeli-belah The Store ini terdiri dari beberapa buah gerai dengan pelbagai jenis pilihan makanan seperti nasi ayam, tom yam, satay dan pelbagai jenis masakan pada harga yang berpatutan. Waktu perniagaan bermulah 8 am hingga 11 pm. Lokasinya terletak di Km 1 ¾ Jalan Pantai, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan. | |
Restoran Shaheed & Mohamed Restoran 'Mamak Style' ni menyediakan roti canai, murtabak, mee goreng, nasi briani dan nasi campur. Popular pada pelanggan yang gemarkan masakan 'Mamak Style'. Waktu perniagaan bermula 7.00 am hingga 7.00 pm. Lokasinya terletak di 387 Jalan Bahru, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan. | |
Central Market Terdiri dari beberapa jenis gerai yang menawarkan berbagai jenis makanan seperti masakan kampung, masakan cina dan pelbagai jenis makanan yang lain. Disini juga terdapat pentas bagi persembahan hiburan seperti kebudayaan dan karaoke. Waktu perniagaan bermula 8 am hingga 2 am. Lokasinya adalah di Dataran Segar. | |
Restoran Fatimah Terkenal dengan Nasi Briani ayam dan Daging. Selain dari itu roti canai disini juga memikat pelanggan dengan berbagai jenis menu seperti roti canai sardin, telor dan berbagai jenis lagi. Waktu perniagaan bermula 6 am hingga 12 pm. Lokasinya adalah di 476/6, Taman Negeri, Km 4 Jalan Seremban. Maklumat lanjut hubungi 06-6512366. | |
Restoran Kari kepala Ikan Deen Menu istimewa Kari Kepala Ikan yang menjadi tarikan utama pelanggan di sini. Menawarkan makanan pada harga yang berpatutan. Selain dari Kari Kepala Ikan, sup dan masakan nasi campur juga boleh didapati di sini. Lokasinya terletak di Km 1 Jalan Pantai. Waktu perniagaan bermula 7 am hingga 12 pm. Maklumat lanjut hubungi 019-6786972. | |
Medan Ikan Bakar Kampung Telok Pasir Panjang Medan Ikan Bakar yang hanya beroperasi selepas jam 5.00 pm ini menawarkan berbagai pilihan ikan segar untuk pelanggan memilih bagi masakan yang digemari. Harga di sini juga berpatutan bersesuaian dengan harga semasa. Waktu perniaagaan bermula 5.00 pm hingga 3.00 am. lokasinya adalah di Bt 16 Jalan Pantai, 71250 Pasir Panjang, Port Dickson. | |
Medan Makan Teluk Kemang Medan Makan Telok Kemang ini terdiri dari beberapa kedai makan dengan berbagai pilihan makanan seperti nasi ayam madu, nasi campur, makanan goreng, satay dan pelbagai makanan lain pada harga yang berpatutan. Waktu perniagaan bermula 8 am hingga 3 am. Lokasinya adalah di Batu 8, Telok Kemang, Jalan Pantai 71050 Si Rusa, Port Dickson, Negeri Sembilan. | |
Restoran Zaffas Gallery & Stationery Restoran yang luas dan persekitaran yang menarik ini menyediakan masakan kampung, tom yam, sup cendawan makanan barat dan pelbagai pilihan makanan yang lain. Mengutamakan keselesaan pelanggan, kebersihan adalah tarikan utama selain dari masakan yang enak dan harga yang berpatutan . Waktu perniagaan bermula 6 pm hingga 12 pm. Lokasinya terletak Lot 4964, Taman Indah Mas, Km 5 Jalan Seremban, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan. Maklumat lanjut hubungi 06-6463303. | |
Medan Selera Seri Bayu Medan Selera Seri Bayu yang terletak berhampiran Pantai Cahaya Negeri ini sering mnjadi tumpuan pengunjung kerana lokasi yang strategik dan maasakan yang berbagai pilihan seperti masakan kampung, masakan goreng, tom yam dan pelbagai pilihan lain. Waktu perniagaan bermula 7 am hingga 11 pm. Lokasinya terletak di R & R, Bt 4 Jalan Pantai, 71050 Si Rusa, Port Dickson, Negeri Sembilan. |