HUTAN LIPUR PASIR PANJANG
Satu-satunya hutan simpan rekreasi yang berada di pinggir laut di Negeri Sembilan. Tempat ini amat sesuai bagi pencinta alam kerana hutan ini terlalu kaya dengan flora dan faunanya.
Kedudukannya di atas bukit yang menganjur ke pantai adalah daya tarikan utama bagi para pengunjung untuk menikmati keindahan alam semulajadi yang ujud di sini.
Pengunjung juga boleh melihat pelbagai jenis spesis pokok balak dan herba ubatan tradisional di sini.
KEMUDAHAN
Kemudahan yang disediakan di sini ialah wakaf tempat istirehat, jungle tracking, jogging track, kelong untuk memancing dan ternakan kupang, gerai makan serta tandas awam.
LOKASI
Jalan masuk menghala ke Pusat Membina Semangat Pasir Panjang.
MAKLUMAT LANJUT
Majlis Perbandaran Port Dickson
Km. 1, Jalan Pantai
71009 Port Dickson.
Tel: 06-647 1335