PULAU CAHAYA
Pulau Cahaya merupakan salah satu daya tarikan yang unik di Port Dickson. Keunikan Pulau Cahaya ini adalah kerana ianya mempunyai jeti yang menghubungkan Pulau Cahaya dan Pulau Burung. Di sini pengunjung boleh menikmati keindahan Laut Selat Melaka dan pesisiran Pantai Port Dickson serta panorama matahari terbenam di waktu senja.
KEMUDAHAN
Di sini terdapat kemudahan yang telah disediakan bagi pengunjung seperti taman permainan kanak-kanak, dataran Interlocking dimana sesuai untuk aktiviti beriadah, wakaf dan sebagainya.
LOKASI
Lokasi Pulau Cahaya adalah strategik yang mana ianya terletak di antara Port Dickson dan Teluk Kemang. Jarak dari Pekan Port Dickson hanya 7 km begitu juga juga dari Pekan Teluk Kemang. Ianya merupakan satu lokasi yang mudah dikunjungi. Untuk sampai ke sini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam dari Port Dickson.
MAKLUMAT LANJUT
Majlis Perbandaran Port Dickson
Km. 1, Jalan Pantai
71009 Port Dickson.
Tel: 06-647 1335