Laman Tok Sidek Port Dickson




Laman Tok Sidek Port Dickson

NO,62 JALAN PANTAI BATU 7 1/2

TELOK KEMANG

71050 SI RUSA

PORT DICKSON

NEGERI SEMBILAN



TEL: 06-6621305/010-2268606



******WIFI NOW AVAILABLE ******


#################################




Infomasi:


Rumah milikan Tok Sidek ini telah diubahsuai dari sebuah rumah kampung kepada rumah rehat. Ia boleh sewa untuk majlis perjumpaan sanak saudara/majlis bertandang atau sekadar datang untuk beriadah dipusat peranginan ini.

Lokasinya sangat baik menberikan pengalaman baru bagi mereka yang pertama kali datang kemari. Laman Tok Sidek berada ditengah-tengah perkampungan Telok Kemang terletak kira-kira 3minit berjalan ke pantai.

Dengan suasana yang nyaman tiupan angin laut menjadikan kawasan selesa untuk bersantai. Kawasan sekitar Laman Tok Sidek juga selamat kerana berhampiran dengan balai polis dan juga Masjid Telok Kemang. Lokasi dimana terletaknya jualan cenderahati & kawasan perkelahan lain juga berdekatan hanya mengambil masa 10 minit memandu.

#########################################

Laman Tok Sidek mempunyai keluasan hampir 1 ekar,
memiliki 8 buah bilik dan 1 dorm.

*8 bilik berhawa dingin

*1 bilik dorm

*
5 bilik air/tandas

*siaran astro disediakan

Setiap bilik boleh memuatkan 3-5 orang dan keseluruhan rumah boleh memuatkan hampir 50 orang

Dapur juga dilengkapi dengan peti sejuk,cerek air,dapur gas,rice cooker dan pinggan mangkuk. kami juga menyediakan tempat memanggang/barbeque dikawasan laman.

Sekiranya khidmat catering diperlukan kami juga boleh menguruskanya.

########################################

sekiranya anda berminat untuk membuat tempahan sila hubungi kami
untuk keterangan lanjut.

**anda dinasihatkan membuat tempahan lebih awal**

Harga Sewaan :
click sini @
hubungi:

SALEHA MOHD SIDEK
TEL :- 06-6621305/0102268606

MUHD SHAWAL ABD GHAFAR -
0162064240

Sila lawati label untuk gambaran penuh


Followers

Monday, January 11, 2010

Port Dickson Yang Aneh Tapi Benar

Tahukah anda bahawa Port Dickson yang selama ini terkenal sebagai pantai peranginan nombor satu di Negara ini memiliki beberapa keanehan.

1. Port Dickson ialah salah satu daerah di Negeri Sembilan. Port Dickson juga adalah sebuah bandar dan pusat pentadbiran daerah. Di Port Dickson terdapat sebuah pekan kecil bernama Teluk Kemang yang terkenal dengan pantainya dan tempat melihat anak bulan Ramadan dan Syawal setiap tahun. Sangat aneh tetapi benar apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menamakan kawasan piliharaya di sini sebagai Parlimen Teluk Kemang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Port Dickson. Sepatutnya dinamakan Parlimen Port Dickson dan DUN Teluk Kemang kerana status bandar yang ada pada Port Dickson.

2. Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) ialah Pihak Berkuasa Tempatan yang kedua di Negeri Sembilan yang dinaiktaraf dari Majlis Daerah ke Majlis Perbandaran selepas Seremban. Secara tidak langsung ia menjadi bandar kedua besar di Negeri Adat Pepatih ini. Sangat aneh tetapi benar apabila Port Dickson yang terkenal ke seluruh dunia kerana produk pelancongannya dan pantainya yang menarik, tidak mempunyai perkhidmatan bas ekspres ke negeri-negeri lain termasuk Kuala Lumpur yang jaraknya tidak sampai 100 km. Ramai penyokong Pas dan PKR yang terkandas di Hentian Puduraya pada hari Jumaat dan Sabtu lepas gara-gara ketiadaan sebarang perkhidmatan bas dari Kuala Lumpur ke Port Dickson untuk menghadiri majlis perarakan penamaan calon.

trans

(Bas Transnasional dan Bas SKS
pergi ke semua bandar di NS tetapi tidak ke PD)

3. Tanjung Tuan di Port Dickson terkenal dengan Pantai Blue Lagoon. Dahulu ia dinamakan sebagai Cape Rachado oleh penjajah Portugis apabila mula-mula dijumpai pada tahun 1606. Di situ penjajah Portugis membina sebuah rumah api yang mengadap Selat Melaka, di mana ia adalah rumah api yang tertua di Malaysia dan masih digunakan hingga sekarang. Sangat aneh tetapi benar apabila Tanjung Tuan yang kedudukannya kira-kira 16 km daripada Bandar Port Dickson di tadbir oleh Majlis Perbandaran Alor Gajah, Melaka bukannya Majlis Perbandaran Port Dickson.

lighthouse(Rumah api Tanjung Tuan, Port Dickson)

4. Port Dickson mempunyai pantai yang cantik sepanjang 20 km, bermula dari Batu 2 Jalan Seremban hingga ke Batu 13 berhampiran dengan Palm Spring Resort. Pasirnya yang landai, airnya yang jernih menjadi tumpuan orang ramai untuk bermandi-manda dan bersantai bersama keluarga di hujung minggu. Sangat aneh tetapi benar apabila pantai milik awam sepanjang 20 km seolah-olah tinggal 5 km sahaja di Teluk Kemang kerana pembinaan hotel, kondominium dan pusat peranginan yang tidak terancang di sepanjang jalan dari PD ke Pasir Panjang. Pantai harta awam seolah-olah sudah menjadi milik hotel-hotel berkenaan, sehingga sesetengah pihak pengurusan hotel melarang awam berkelah di pantai bersebelahan dengan hotel mereka.

n9(Peta jalan Port Dickson)

5. Kebanyakan hotel dan resort yang dibina di tepi atau bersebelahan dengan pantai tidak mempunyai sistem rawatan kumbahan (sewerage treatment plant) bagi merawat enap cemar dan air kumbahan yang keluar dari tandas, bilik mandi dan dapur mereka. Sangat aneh tetapi benar hotel-hotel dan resort yang bertaraf pelbagai bintang itu tidak mempunyai sistem rawatan kumbahan malah tidak mematuhi piawaian Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Air kumbahan dialirkan ke laut, dan disitulah rakyat 1Malaysia bermandi manda.

teluk(Pemandangan salah satu pantai di PD)

Itulah dia 5 perkara yang aneh tetapi benar yang terdapat di Port Dickson. Menurut kawan, sebenarnya ada lagi satu keanehan yang terdapat di sini iaitu ’manusia dikitar semula’.

Ucapan