DI SEBALIK Port Dickson yang popular dengan hamparan pantai sepanjang 40 kilometer, ada suatu khazanah laut yang tidak begitu diketahui umum iaitu terumbu karang yang cantik – sama cantik seperti Pulau Layang-Layang, Manukan, Tioman dan Langkawi.
TIADA siapa sangka Port Dickson menyimpan khazanah laut yang menarik dan cantik.
Namun, di Port Dickson, pengunjung tidak perlu bersusah payah untuk melihat terumbu di situ. Mereka hanya perlu mengharungi laut dari tepian pantai cuma sekitar beberapa meter ke arah laut. Dengan hanya beberapa langkah saja, anda sudah mampu melihat keunikan dan tumbesaran karang laut yang terdiri daripada pelbagai spesis.
Terpegun rasanya kerana di pantai itu, ada khazanah laut yang begitu indah, mampu menjadi satu lagi produk pelancongan yang berharga, terutama kepada penggemar aktiviti snorkling dan menyelam. Jika tidak kerana pelawaan Dr Razali Mohamad Rais, Pengarah Urusan Akademik Kembara Nusantara (AKN), mungkin lebih lama lagi baru penulis mendapat tahu mengenai kelebihan tersembunyi perairan berkenaan.
Dr Razali melalui organisasinya, sudah hampir lapan tahun menceburi bidang mengesan khazanah marin, membuat kajian untuk tesisnya yang mahu menghuraikan kependudukan khazanah marin di perairan negara ini.
Enam tahun lalu, kajiannya merekodkan perairan PD menempatkan 13 terumbu karang jenis ‘Atol’ dan 135 spesis karang laut dari ’hard coral’ dan ‘soft coral’ seperti `sarcophyton sp', ‘euphyllia ancora’, ‘goniopora sp’ dan ‘B-symphyllia radian’.
"Pembentukan terumbu karang Atol yang banyak terdapat di sini, kebanyakannya dipengaruhi arus lautan yang seragam dan sekala sepanjang tahun," kIa juga, kberikutankandungahasil nutrielautnya yangtinggi dari aliran Sungai Linggi di selatan dan Sungai Sepang di utara, sekali gus menjadikan kebanyakan karang di situ berwarnacoklat, hijau dan kekuningan. Di sekitar terumbu karang itu juga ada 150 spesis ikan hiasan yang menambah lagi keunikan dan keindahan karanglautnya, antara ikan berkenaan, termasuk ‘clown anemone fish', ‘golden trevally’, ‘razor fish' dan jugkuda laut. Dr Razali menambah, kawasan yang paling banyak mengandungi karang laut adalah sekitar PulBurung, Telok Kemang, pantai berhampiran HoteGouman dan Tanjung Tuan yang terbentuk dalamdua kelompok karang. "Terumbu karang di TanjongTuan adalah yang terbesar dengan ukuran hampimeter persegi dan ia setanding terumbu karang di Pulau Langkawi, Tioman dan perairan Sabah," kata Dr Razali.
Selain itu, katanya, penggemar aktiviti menyelam yang ingin melihat kumpulan ikan hiasan juga boleh menerokai sebuah gua yang ada di dasar perairan berkenaan. Beliau bagaimanapun kesal kerana ada sesetengah pihak suka mengambil atau mengalihkan kedudukan terumbu karang berkenaan yang boleh membantutkan tumbesarannya. "Memang baik diambil karang laut itu kerana ia adalah satu kaedah pembiakan semula jadi, selain dipatahkan oleh arus ombak yang kuat. Tapi, ia harus dilakukan secara bersistem dan dipantau sebaik mungkin.
"Seperti penduduk di New Guinea dan Filipina, pengambilan karang dilakukan dengan cara mematahkannya dengan lembut, bukan mencacatkannya. Juga dilarang sama sekali mengambil tapak kepada karang itu," katanya.
Bagi memulihara karang di PD itu, Dr Razali berkata, pihaknya sedang berbincang dengan kerajaan negeri untuk memperkenalkan bidang pengembangan karang secara komersial. "Dengan ini, hasil karang laut itu boleh dijadikan tambahan sumber ekonomi kepada nelayan pantai dalam industri hiasan akuarium yang mula mendapat tempat masa kini," katanya. Katanya, usaha itu juga sebagai satu daripada kaedah memantau kegiatan pengambilan karang secara tidak terkawal yang boleh menyebabkan khazanah laut berkenaan pupus. Dr Razali yang mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk program pemuliharaan karang laut, berharap keindahan tersembunyi di perairan PD itu terpulihara untuk manfaat masa kini serta generasi akan datang.