Laman Tok Sidek Port Dickson




Laman Tok Sidek Port Dickson

NO,62 JALAN PANTAI BATU 7 1/2

TELOK KEMANG

71050 SI RUSA

PORT DICKSON

NEGERI SEMBILAN



TEL: 06-6621305/010-2268606



******WIFI NOW AVAILABLE ******


#################################




Infomasi:


Rumah milikan Tok Sidek ini telah diubahsuai dari sebuah rumah kampung kepada rumah rehat. Ia boleh sewa untuk majlis perjumpaan sanak saudara/majlis bertandang atau sekadar datang untuk beriadah dipusat peranginan ini.

Lokasinya sangat baik menberikan pengalaman baru bagi mereka yang pertama kali datang kemari. Laman Tok Sidek berada ditengah-tengah perkampungan Telok Kemang terletak kira-kira 3minit berjalan ke pantai.

Dengan suasana yang nyaman tiupan angin laut menjadikan kawasan selesa untuk bersantai. Kawasan sekitar Laman Tok Sidek juga selamat kerana berhampiran dengan balai polis dan juga Masjid Telok Kemang. Lokasi dimana terletaknya jualan cenderahati & kawasan perkelahan lain juga berdekatan hanya mengambil masa 10 minit memandu.

#########################################

Laman Tok Sidek mempunyai keluasan hampir 1 ekar,
memiliki 8 buah bilik dan 1 dorm.

*8 bilik berhawa dingin

*1 bilik dorm

*
5 bilik air/tandas

*siaran astro disediakan

Setiap bilik boleh memuatkan 3-5 orang dan keseluruhan rumah boleh memuatkan hampir 50 orang

Dapur juga dilengkapi dengan peti sejuk,cerek air,dapur gas,rice cooker dan pinggan mangkuk. kami juga menyediakan tempat memanggang/barbeque dikawasan laman.

Sekiranya khidmat catering diperlukan kami juga boleh menguruskanya.

########################################

sekiranya anda berminat untuk membuat tempahan sila hubungi kami
untuk keterangan lanjut.

**anda dinasihatkan membuat tempahan lebih awal**

Harga Sewaan :
click sini @
hubungi:

SALEHA MOHD SIDEK
TEL :- 06-6621305/0102268606

MUHD SHAWAL ABD GHAFAR -
0162064240

Sila lawati label untuk gambaran penuh


Followers

Monday, January 11, 2010

Sejarah Port Dickson

LATAR BELAKANG
Sir John Frederick Dickson

SEJARAH ASAL USUL
Port Dickson mendapat nama dari pegawai tinggi British bernama Sir John Frederick Dickson yang telah ditempatkan di Negeri-negeri Selat semasa akhir abad ke-19. Sebelum tempat ini dibangunkan dan dimajukan ianya dikenali dengan nama Tanjung oleh orang Melayu tempatan kerana kedudukannya di teluk kecil. Orang Cina dan India tempatan pula menamakan tempat ini sebagai Alang atau Arang oleh kerana berhampiran dengan teluk tersebut terletak sebuah pulau yang terkenal dengan pengeluaran arangnya dan membekalkannya kepada kawasan berhampiran.Setelah menyedari Arang mencapai kemajuan yang pesat sebagai kawasan perindustrian dan Tanjung sebagai kawasan bandar yang membangun dengan cepatnya, Setiausaha

Negeri-negeri Bersekutu Selat, Sir John Frederick Dickson, terus mewartakan supaya Tanjung dijadikan sebuah pelabuhan yang strategik dan juga menjadikannya sebagai tempat istirehat untuk pegawai dan peladang British.Pembangunan pelabuhan itu juga membolehkan orang-orang British mengambil kesempatan dari perniagaan rempah, teh dan sutera yang menguntungkan antara India dan China. Aktiviti perdagangan yang sibuk antara peniaga dua negara tersebut menonjolkan Selat Melaka sebagai satu tempat perhentian yang sesuai dan praktikal kerana kedudukannya di pertengahan perjalanan bagi saudagar-saudagar kapal itu.


Bagi melengkapi keberkesanan pelabuhan baru ini, berikutnya pada tahun 1891, satu landasan kereta api sepanjang 39km telah dicadangkan untuk menghubungkan Tanjung dan Sungai Ujong yang sekarang dikenali sebagai Seremban. Pelan yang dirangka membolehkan pelbagai jenis barangan yang dibawa oleh kapal niaga seperti rempah-ratus, beras, ubi kayu diangkut melalui keretapi dari pelabuhan ke Sungai Ujong. Lagipun, telah dipastikan bahawa landasan kereta api dan pelabuhan laut dalam memainkan peranan penting untuk mengembangkan perdagangan untuk mengeksport timah dari lombong di Sungai Ujong.


Pelancaran Tugu Sir Standford
Untuk memudahkan pembinaan landasan ini, pihak British membawa masuk tenaga buruh dari India. Dengan usaha yang gigih maka landasan itu telah siap dan dirasmikan oleh Setiausaha Negeri-negeri Bersekutu, Sir John Frederick Dickson. Dengan perasmian landasan kereta api itu, pihak British juga telah menukarkan nama tempat tersebut dari Tanjung menjadi Port Dickson. Sejak dari itu, nama itu telah menjadi sebutan orang ramai di Malaysia malah seluruh dunia.


Sejak mula beroperasi sebagai pelabuhan laut dalam, Port Dickson telah mencapai kejayaan yang cemerlang. Pada tahun 1893 sahaja 600 kapal dari Singapura dan Port Klang berlabuh di Port Dickson memunggah muatan kapal dan kemudian mengangkutnya dengan keretapi ke Sungai Ujong. Pembangunan yang pesat, aktiviti pelabuhan yang sibuk dan bertambahnya jumlah pengangkutan barang-barang dari dalam dan luar Port Dickson, satu pusat pemeriksaan Kastam dan Imigresen ditubuhkan pada tahun 1894. Kejayaan pelabuhan ini juga membawa kepada beberapa pembaharuan kepada pusat bandarnya. Bangunan-bangunan kedai papan telah dirobohkan dan digantikan dengan bangunan kedai batu.


Kira-kira 45 bangunan kedai batu telah didirikan sementara permohonan juga diterima untuk tapak tanah kosong disepanjang pantai. Perkembangan yang membawa perubahan Port Dickson itu menarik perhatian ramai yang membuat keputusan untuk menjadikan Port Dickson tempat penginapan atau dagangan mereka yang mengakibatkan pertambahan penduduk.

Kegiatan ekonomi yang dijalankan terus pesat berkembang luas sejajar dengan pertumbuhan penduduk di Port Dickson. Kemunculan gergasi minyak tidak boleh diperkecilkan. Dalam tahun 1901, Syarikat Shell Petrol and Trading telah mendirikan kilang penapisan minyak bagi menampung pengeluaran sebanyak 700 liter tan minyak. Kesan pembangunan yang sangat pesat itu telah menjadikan Port Dickson semakin terkenal.

Menjelang tahun 1902, Port Dickson telah pun dikenali ramai kerana stesen kereta apinya di Selatan Semenanjung serta kemunculannya sebagai pelabuhan terunggul. Sistem pengangkutan melalui kereta api dan jalan raya telah mendatangkan faedah kepada syarikat multinasional seperti Shell.

Pada tahun 1933, Port Dickson telah dipilih sebagai penempatan khemah Angkatan Tentera Melayu dan juga Maktab Tentera Perseketuan. Dalam tahun 1964, Esso pula membuka kilang penapisannya dan pada tahun 1965, Port Dickson telah dijadikan pusat menjana elektrik negara dengan terdirinya Stesen Janalektrik Tuanku Jaafar. Stesen ini telah membekalkan keperluan elektrik kepada hampir separuh Semenanjung Malaysia ketika itu.

Majlis Daerah Port Dickson setelah penubuhannya pada 1 Disember 1979 memulakan pentadbiran dengan perbelanjaan permulaan sebanyak RM2.1 juta. Di bawah pentadbiran Majlis Daerah yang cekap, Port Dickson terus membangun dan dimajukan dengan pesat. Dari struktur politik, Port Dickson termasuk dalam kerusi Parlimen Teluk Kemang dengan empat kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu Linggi, Pasir Panjang, Lukut dan Si Rusa.

Hari ini, Port Dickson berdiri megah menghadapi pelbagai pembangunan dinamik yang bermula dengan kenaikan taraf dari Majlis Daerah kepada Majlis Perbandaran Port Dickson, sealiran dengan aspirasi Kerajaan untuk mengubah Port Dickson kepada satu perbandaran moden di tepi laut yang menyeronokkan dan disukai ramai.

PENDUDUK
Daerah Port Dickson mempunyai penduduk seramai lebih kurang 110,400 orang terdiri daripada 58,500 Melayu, 28,200 Cina, 17,500 India dan 7,200 bangsa lain pada tahun 2000 berbanding seramai 92,171 pada tahun 1990. Penduduk di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Port Dickson pula seramai 94,725 orang pada tahun 2000 berbanding seramai 82,620 pada tahun 1990. Menjelang tahun 2010 jumlah penduduk di kawasan RTPD dianggarkan meningkat dengan pertumbuhan purata sebanyak 0.6% kepada 188,000 orang. Perkembangan sektor pelancongan telah menyumbang kepada penyediaan peluang-peluang pekerjaan yang menjadi faktor dalam peningkatan jumlah penduduk. Selain dari itu, aktiviti industri yang aktif di kawasan Lukut turut menyokong pertumbuhan penduduk di kawasan Majlis Perbandaran Port Dickson.

LOKASI
Port Dickson dengan kegemilangannya yang unik menghiasi pinggir pantai Selat Melaka sepanjang kawasan perairan Negeri Sembilan. Ianya terletak 30km dari Seremban, kira-kira 60km dari KLIA, 55km dari Putrajaya-Pusat Baru Pentadbiran Negara, Cyberjaya-Koridor Raya Multimedia (MSC) negara dan lebih kurang 70km dari Bandaraya Kuala Lumpur. Terdapat beberapa laluan untuk memasuki Port Dickson.

Laluan yang paling sesuai untuk pengunjung Utara Semenanjung atau Selatan Semenanjung ialah dengan melalui Lebuhraya Utara-Selatan. Keluar dari jalan susur ke Seremban dan merentasi Lebuhraya Seremban-Port Dickson yang bermula dari tol Seremban. Laluan yang dihiasi dengan kehijauan alam semulajadi melalui Jalan Persekutuan membawa pengunjung terus ke pesisiran Pantai Port Dickson yang indah.



MUKIM PORT DICKSON
Penghulu - Encik Zulhainan bin Ab. Manap
Telefon - 012-3818 647

Mukim Port Dickson merupakan pusat pentadbiran daerah kerana di sini terletaknya bandar Port Dickson yang merupakan nadi atau penggerak utama sektor pentadbiran dan ekonomi di daerah ini. Kaum Melayu merupakan penduduk majoriti didikuti dengan kaum Cina dan India. Kegiatan atau sumber ekonomi yang utama di sini ialah sektor perindustrian, perniagaan, nelayan dan pehotelan. Kilang penapis minyak Esso dan Shell merupakan contoh perindustrian utama yang ada di Mukim Port Dickson. Contoh-contoh hotel di mukim Port Dickson adalah seperti Glory Beach Resort, Le Paris, Corus dan Sunshine Bay.

Mukim Port Dickson juga mempunyai beberapa produk pelancongan seperti Kota Lukut dan Makam DiRaja Selangor di Pekan Lukut. Port Dickson merupakan pintu masuk utama pelawat dari luar negara ke Negeri Sembilan kerana di sini terdapat pelabuhan feri penumpang dari Indonesia. Selain daripada Itu terminal bas dan teksi yang merupakan kompleks pengangkutan utama yang menghubungkan Port Dickson di antara bandar-bandar lain di seluruh Negeri Sembilan termasuk Kuala Lumpur.

MUKIM LINGGI
Penghulu - Encik Ibrahim bin Abd. Talib
Telefon - 012-3258 141

Kaum Melayu merupakan kaum yang terbesar dalam kawasan mukim ini. Selebihnya adalah orang Cina dan India. Sektor ekonomi yang terbesar dan utama di sini ialah sektor pertanian. Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas merupakan produk utama pelancongan di sisi. Ianya ditadbir oleh Jabatan Muzium Negara. Selain daripada itu Sungai Linggi dan Jeti Pengkalan Kempas merupakan produk pelancongan Yang kaya dengan flora dan fauna. Keindahan alam semulajadi dapat disaksikan bila kita menyusuri Sungai Linggi ini.

MUKIM SI RUSA
Penghulu - Encik Sumari bin Sugar
Telefon - 012-6055 530

Mukim Si Rusa terkenal dengan pantainya yang cantik dan landai iaitu Pantai Saujana atau lebih dikenali dengan nama Pantai Batu 4. Melayu merupakan penduduk majoriti diikuti dengan kaum Cina dan India. Pehotelan merupakan sektor ekonomi utama di mukim ini diikuti sektor kerajaan, perniagaan, nelayan dan pertanian. Contoh-contoh hotel yang terdapat di sini ialah Golden Straits Villas (GSV), Avillion Port Dickson, Bayu Beach Resort, Seri Malaysia, Selesa Beach Resort dan berbagai lagi. Di mukim ini juga terdapat pusat pengajian seperti Politeknik Port Dickson yang menawarkan berbagai-bagai kursus kemahiran di peringkat sijil dan diploma. Produk pelancongan utama ialah Muzium Angkatan Tentera yang mana merupakan memorial perang yang terbesar di Malaysia. Selain daripada itu ialah Pantai Teluk Kemang.

MUKIM PASIR PANJANG
Penghulu - Encik Ibrahim bin Abd. Talib
Telefon - 012-3258 141

Mukim Pasir Panjang bermula dari PoliTeknik di Batu 9, Jalan Pantai menganjur hingga Ke Ayer Hitam di Pengkalan Kempas. Pecahan penduduk terbesar ialah Melayu, Cina dan India. Sektor ekonomi utama bagi penduduk di mukim ini ialah nelayan dan pertanian. Ini adalah kerana di dalam kawasan mukim ini terdapat banyak hutan paya bakau yang amat sesuai bagi penangkapan ikan dan terdapat beberapa ladang kelapa sawit. Selain daripada itu pehotelan juga menyumbang kepada kegiatan ekonomi di sini. Di antara hotel-hotel tersebut ialah Guoman Beach Resort, Ilham Beach Resort, Rachado Beach Point, Palm Spring, Tiara Beach Resort, Eagle Ranch dan Port Dickson Sanctuary. Di sini juga terdapat banyak produk-produk pelancongan seperti Hutan Rekreasi Pasir Panjang, Rumah Api Tanjung Tuan, Eagle Ranch Resort, Kuala Sungai Linggi dan perkampungan nelayan Sungai Sekawang.

MUKIM JIMAH
Penghulu - Encik Mohd Nasir bin Salim
Telefon - 012-2199 404

Majoriti penduduk yang terbesar di sini ialah Melayu, diikuti Cina dan India. Kegiatan ekonomi yang utama di sini ialah peladangan sawit, perniagaan dan nelayan. Kewujudan pusat tenaga seperti Jimah Power dapat meningkatkan lagi peluang ekonomi dan pekerjaan bagi penduduk setempat di mukim ini.


Ucapan